Adakah lebih ramai orang dibenarkan keluar Akaun 1 KWSP?

2 1
Read Time:1 Minute, 19 Second

Lebih ramai lagi dari 600 ratus ribu orang yang diumumkan dalam pembentangan belanjawan 2021 dijangka dibenarkan membuat pengeluaran dari akaun 1 kumpulan wang simpanan perkerja KWSP.

Dato Seri Tengku Zafrul Abdul aziz berkata dalam program Money Matters “kami sedang berbincang dengan KWSP, apa yang saya umumkan sebelum ini pengeluaran mensasarkan 600,000 pencarum, tetapi saya pikir pengeluaran boleh diperluaskan kepada lebih ramai lagi.”

Ketika ditanya adakah boleh diperluas kepada 1 juta penerima , Dato Seri Tengku Zafrul Abdul aziz dalam kenyataanya “saya berharap ini dapat dilaksana kerana ramai rakyat yang terjejas, jika lihat kadar pengangguran terkini pada 4.6%, KWSP lebih kepada sektor formal, sektor bukan formal turut terjejas.”

Pada belanjawan 2021 kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran akaun 1 KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban kewangan ahli yang terjejas.

Sementara itu KWSP akan mengumumkan princian bagi kemudahan akses ke akaun 1 yang dikenali sebagai i-sinar pada 18 november ini.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata i-sinar yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan memastikan kesejahteraan ahli ketika persaraan mereka.

KWSP yakin amaun yang boleh di akses daripada i-sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada akaun 2 melalui kemudahan i-lestari dilancarkan pada april 2020 dapat membantu ahli yang terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek.

Permohonan i-sinar boleh dibuat bermula Desember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula januari 2021.

Tarikh Pendaftaran BPR 2021 : https://geforceinfoblast.com/tarikh-pendaftaran-bpr-2021/

Happy
Happy
2
Sad
Sad
1
Excited
Excited
1
Sleepy
Sleepy
0
Angry
Angry
5
Surprise
Surprise
0
Facebook Comments
We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

G-Force InfoBlast
Logo
Compare items
  • PHONE (0)
  • CARS (0)
Compare
0