
Hyundai Kona kini muncul dengan rekabentuk serba baru yang dinamakan sebagai Cascading Grill menampilkan design rekaan orang muda.Ciri khas dan unik, penampilannya yang yakin akan membezakan dari setiap kelas SUV yang menonjolkan DNA SUV Hyundai yang kuat di terasnya.
Pre-order Hyundai Kona 2020 kini dibuka di Malaysia – harga bermula dari RM115k.Kepada yang berminat boleh membuat tempahan sebanyak RM288.
Kenderaan ini dikuasakan dengan dua varian enjin iaitu 1.6L T-GDi (Turbo) dengan kuasa keluaran 177ps pada 5,500rpm dan 265 Nm tork pada 1,500~4,500rpm
dipadankan bersama 7-speed Double Clutch Transmission (DCT).Kotak gear DCT ini dicipta sendiri oleh Hyundai dan sehingga kini tiada isu dan masalah dilaporkan.Kotak gear DCT yang pertama digunakan model Ioniq pada 2016.
dan 2.0L MPi (NA) dengan kuasa keluaran 149ps pada 6,200rpm dan 180 Nm tork pada 4,000rpm dipadankan bersama kotak gear Automatik 6-kelajuan
Pilihan warna Phantom Black, Chalk White, Tangerine Comet, Blue Lagoon, Dark Knight
Pilihan warna tidak sama bagi tiap varian.Varian standard hanya ditawarkan dalam warna Phantom Black dan Chalk White, manakala varian Active &TGDI akan mendapat warna tambahan Tangerine Comet, Blue Lagoon dan Dark Knight.Berbeza dengan Varian T-GDI iaitu varian tertinggi memiliki rel bumbung dan warna badan dwi-tona
Lampu Siang,Lampu Depan & Belakang menggunakan LED dan lampu hadapan LED tiada pada varian Standard
Pemasangan Rim 18 inchi hanya pada varian TGDI & Active manakala varian standard dipasang dengan Rim 17 inchi
Panel Meter digabungkan dengan analog & digital
Untuk sistem infotainmen semua varian datang dengan 7 inchi touchscreen, dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto
Head-up display (HUD) tersedia pada varian TGDI & Active sahaja
Yang menariknya terdapat Wireless Phone Charging pada kenderaan ini yang tersedia pada varian TGDI
Auto Cruise System pada semua varian
Full Automatic Climate Control tersedia pada varian TGDI & Active sahaja
8 Way Driver with 2 Way Lumbar Support tersedia pada varian TGDI & Active sahaja
Tempat duduk depan & penghawa dingin dikendalikan secara manual.Penambahan eight-way power adjustment dengan lumbar support untuk Varian 2.0 Active dan TGDI di tempat duduk pemandu sementara tempat duduk penumpang depan tetap dengan penyesuaian manual, dan penghawa dingin di upgrade kepada single-zone automatic climate control.
Dari segi safety,6 airbag yang dipasang pada kenderaan ini.Varian 2.0 dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).Varian TGDi ditambah dengan sistem bantuan pemandu SmartSense yang terdiri daripada ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesan pejalan kaki, Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
Kehadiran Hyundai Kona 2020 merupakan saingan baru industry automotif di Malaysia untuk kategori SUV Segmen-B. Kenderaan ini akan bersaing dengan Proton x50, Mazda CX-3, Honda HR-V dan Toyota CH-R.
Galeri
Sumber Gambar : pandulaju.com.my