Pengeluaran Program i-Sinar KWSP kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli dan perlu tunjukkan bukti

1 0
Read Time:3 Minute, 18 Second

Program i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada SEMUA ahli yang terjejas pendapatan mereka. Tidak kira samada disebabkan hilang pekerjaan, ataupun telah terkurang pendapatan mereka tahun ini – ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.

Berikut merupakan perbahasan Tengku Zafrul Aziz di sidang parlimen pada 26 November mengenai syarat pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun-1.

“Di sini ingin saya tegaskan satu hakikat, KWSP telah ditubuhkan pada 1951 untuk simpanan persaraan ahli- ahlinya. Justeru majoriti caruman akan di laburkan di dalam instrumen pelaburan jangka panjang dan bukan dalam bentuk tunai.”

“Oleh sebab itu, setiap pengeluaran luar jangka yang sebegini memerlukan perincian dan pertimbangan yang rapi. Segala isu berkaitan akaun 1 KWSP berbalik kepada mencari satu titik keseimbangan diantara dua ekstrem untuk rakyat. Dengan izin, this is about finding the right balance between fulfilling two different needs of the members;”

1) Pengeluaran untuk kelangsungan hidup hari ini
2) Menjamin kesejahteraan persaraan masa depan

“Ramai yang mahukan pengeluaran berjumlah besar secara oneoff, saya telah mendengar suara ahli-ahli yang berhormat, terutamanya YB Pekan dan bagan datuk yang memperjuangkan agar keperluan hari ini didahulukan.”

“Saya juga dengar suara-suara rakyat di media sosial yang menyatakan kesusahan hidup mereka dan ingin mengeluarkan wang KWSP mereka. Tetapi media juga ada melaporkan bahawa ramai yang gusar dividen dan pertubuhan dana KWSP mereka akan terjejas disebabkan oleh pengeluaran besar-besaran oleh ahli-ahli lain.”

“Namun, pada bulan march tahun ini disebabkan oleh keadaan yang luar biasa, kerajaan inilah yang pertama sekali yang membenarkan pengeluaran dari akaun 2 KWSP, melalui program i-Lestari seramai 4.7 juta rakyat dibenar mengeluarkan simpanan akaun 2 hingga RM6000.”

“Sewaktu itu mungkin ahli yang berhormat sudah lupa tetapi kerajaan dikritik keras kerana mengadakan inisiatif ini. Saya nyatakan perkara ini untuk menegaskan bahawa kerajaan responsif dan akan bertindak jika langkah itu wajar demi kebaikan rakyat tanpa mengabaikan tanggungjawab lain.”

“Pada 6 November program i-Sinar diperkenalkan di mana KWSP telah membenarkan 600,000 ribu ahli mengeluarkan sehingga RM6000 dari akaun 1. Ini kemudahan yang ditambah baik apabila KWSP mengumumkan skop kelayakan diperluas kepada 2 juta ahli yang aktif kini boleh mengeluarkan sehingga RM9000 atau RM60,000 dari akaun 1 bergantung kepada kepada terma kelayakan.”

“Namun, kerajaan terus peka kepada rungutan ahli dan cetusan pendapat dari ahli-ahli yang Berhormat sendiri tentang syarat-syarat yang terlalu ketat, contohnya ahli yang sudah berhenti mencarum beberapa tahun tetapi masih mempunyai simpanan namun tidak layak untuk membuat pengeluaran dari akaun 1.”

“Ada pula ahli yang tidak hilang perkerjaan tetapi gaji elaun atau overtime telah dipotong dengan ketara hingga menjejas kemampuan mereka menampung perbelanjan diri dan keluarga. Mereka juga merungut kerana tidak layak memohon.”

“Kerajaan mendengar semua ini, seperti yang saya sebut, setiap langkah melibatkan pengeluaran KWSP perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab kepada amanah yang dipikul adalah untuk semua ahli, baik mereka yang mahu mengeluarkan dan dan juga ahli yang tidak mahu. Akhirnya, adalah tanggungjawab kerajaan untuk mencari titik keseimbangan diantara keperluan pengeluaran hari ini dan keselamatan persaraan untuk hari esok.”

“Justeru, setelah saya berbincang lanjut dengan pengurusan KWSP pagi tadi, sukacita dimaklumkan/diumumkan bahawa program i-sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka, tidak kira sama ada disebabkan hilang perkerjaan ataupun telah terkurang pendapatan mereka tahun ini, ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari akaun 1 tanpa mengira sama ada ahli tersebut berkerja sektor formal atau berkerja sendiri tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara bolehlah mengeluarkan simpanan dari akaun 1 KWSP.”

“Dari 2 juta ahli yang layak sebelum ini, i-sinar kini kita buka kepada lebih 8 juta ahli. Tambahan pula, setiap ahli yang sebelum ini dibenarkan mengeluarkan sehingga RM9000, kini boleh mengeluarkan sehingga RM10000. Mereka cuma perlu memohon di dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP. Tunjukkan saja bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji/elaun atau OT (over time) mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.”

 

Happy
Happy
0
Sad
Sad
0
Excited
Excited
0
Sleepy
Sleepy
0
Angry
Angry
0
Surprise
Surprise
0
Facebook Comments
We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

G-Force InfoBlast
Logo
Compare items
  • PHONE (0)
  • CARS (0)
Compare
0