Tarikh Pendaftaran BPR 2021

0 0
Read Time:59 Second

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diperluas dan ditambahbaik dengan peruntukan RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan peruntukan RM5 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia.

Bantuan berkenaan diumumkan menteri kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican.

“Pada bulan Januari 2021, bayaran BPN2.0 fasa kedua sebanyak RM2.2 bilion bakal disalurkan,” katanya.

Jumlah bantuan yang disediakan :

Pertama:

Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500
1 Anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200,
2 Anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800;

Kedua:

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 – RM 4,000
1 Anak akan menerima bantuan sebanyak RM800,
2 Anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200;

Ketiga:

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 – RM5,000.
1 Anak akan menerima bantuan sebanyak RM500
2 Anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM750

Keempat:

Individu bujang berpendapatan RM2,500 akan menerima bantuan RM350 dengan had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun.

Happy
Happy
0
Sad
Sad
0
Excited
Excited
0
Sleepy
Sleepy
0
Angry
Angry
0
Surprise
Surprise
0
Facebook Comments
2 Comments
  1. […] Tarikh Pendaftaran BPR 2021 : https://geforceinfoblast.com/tarikh-pendaftaran-bpr-2021/ […]

  2. […] Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.Dikeluarkan oleh EPF Media DeskJabatan Hal Ehwal Korporat16 November 2020Tarikh Pendaftaran BPR 2021 : https://geforceinfoblast.com/tarikh-pendaftaran-bpr-2021/ […]

Leave a reply

G-Force InfoBlast
Logo
Compare items
  • PHONE (0)
  • CARS (0)
Compare
0